Tentang melepaskan
Dalam kedinginan malam Di balik kaca tingkap rumahku Rindu menjengah di lubuk hati Hari dihitung minggu di canggung Tiap detik perpisahan dari rumahnya Terkadang diri dihukum dicaci Kerana sedar yang diri ini hanya hamba yang hina Ada ketika diri rasa sedih Kerana membiar diri dipijak dan diguna Oleh insan yang sangat dicintai Sayang, mungkin jalan tuhan buat kita itu singkat Atau kita yang tidak kuat untuk satu sama lain Mungkin juga kita bukan kepingan puzzle Yang tuhan ciptakan untuk dicantum Atau juga mungkin hanya pengajaran untuk ke hadapan Kita mengalah sebelum kita mencuba Kita jadi hamba ego dan emosi Kita hilang kita dan hanya ada ananiyah Lalu apakah jalan yang baik untuk kita? Ada ketika aku rasa lemah Airmata menjadi peneman di malam hari Disetiap sujud, dikala hari berlalu Tapi kini ia hilang Sudah kering dan dalam masa ini Sedang kita hitung...