Tentang melepaskan

 



Dalam kedinginan malam

Di balik kaca tingkap rumahku 

Rindu menjengah di lubuk hati

Hari dihitung minggu di canggung 

Tiap detik perpisahan dari rumahnya 


Terkadang diri dihukum dicaci 

Kerana sedar yang diri ini hanya hamba yang hina 

Ada ketika diri rasa sedih 

Kerana membiar diri dipijak dan diguna 

Oleh insan yang sangat dicintai 


Sayang, mungkin jalan tuhan buat kita itu singkat 

Atau kita yang tidak kuat untuk satu sama lain 

Mungkin juga kita bukan kepingan puzzle 

Yang tuhan ciptakan untuk dicantum 

Atau juga mungkin hanya pengajaran untuk ke hadapan 


Kita mengalah sebelum kita mencuba 

Kita jadi hamba ego dan emosi 

Kita hilang kita dan hanya ada ananiyah 

Lalu apakah jalan yang baik untuk kita?


Ada ketika aku rasa lemah 

Airmata menjadi peneman di malam hari 

Disetiap sujud, dikala hari berlalu 

Tapi kini ia hilang 

Sudah kering dan dalam masa ini 

Sedang kita hitung akal untuk bersedia 

Melepaskan apa yang kita cuba bina 


Puisi ini untuk kita 

Ia tentang melepaskan 

Tiada satu ketika aku rasa terkilan mahupun sesal 

Memilih dirimu untukku sayang 


Melepaskan untuk memberi tenang 

Melepaskan kerana sayang 

Melepaskan untuk bahagia 

Melepaskan kerana merelakan 


Doa untukmu tidak akan putus 

Barangkali akan terus 

Juga untuk diri ini 
melepaskan 

Dirimu dan diriku 

Moga nanti kita bertemu di sana 

Ditempat kita dihidupkan 

Bersama senyum melihat Tuhan yang Esa 



T.E.K.L.1556 hours.15.07.2022



nota kaki : Sebulan disimpan puisi ini dan saat tika ini melepaskan itu telah terjadi. Kini masa untuk mencari diri sendiri kembali. Merawat jiwa dan hati serta emosi yang hilang tapi pasti kembali. 

Comments

Popular posts from this blog

Kembali pada Tuhan

Mahu Cari Aku