Posts

Mahu Cari Aku

Image
  Bismillahirahmanirrahim  Tiga bulan berlalu  Sakitnya masih terasa  Mungkin hanya aku sahaja  Kau kembali gembira  Seakan tiada apa yang berlaku  Dalam hidup yang singkat itu  Dalam tempoh itu  Hidupku seakan gelap  Walau sentiasa terang  Walau sentiasa sibuk  Walau sentiasa lihat indah  Tapi didalam siksa  Didalam kabur  Didalam seakan mati  Masih lagi aku hitung  Benarkah apa yang dilakukan  Keputusan yang baikkah telah kulakukan  Apakah salah itu aku  Masihkah aku boleh terima aku  Aku hilang  hanyut  segalanya gelap  tanpa cahaya  Hanya tuhan sahaja tinggal  Sedang aku menunggu diambil nyawa  Aku mahu cari aku  Aku yang dulu  Aku yang bahagia  Aku yang punya segala upaya  Aku yang kuat  Aku yang positif, optimis, kritis  Aku yang tahu rasa cinta  Moga aku bisa cari aku  Sebelum aku pulang bertemu yang satu...

Kembali pada Tuhan

Image
 Pada ketika ini  Apa yang berlaku dilubuk hati Seakan tiada yang mengerti rasa ini  Semahunya mahu difahami  Bukan oleh roh sendiri  Harini ku beranikan diri  Melihat bagaimana harimu  Kau lihat bahagia  Kau lihat kembali menjadi dirimu  Aku tersungkur layu sayu  Lalu apa sebenarnya aku untukmu  Apakah erti selama ini  Aku didalam hidupmu? Barangkali benar aku memaksamu  Mengubah dirimu  Melangkah keluar dari dirimu  Menjadi diri lain  Menjadi bukan kau yang selalu  Lalu aku fikir apa aku ini tuhan  Yang mampu mengubah kau  Yang belum mahu ubah  Keluar dari hidup yang indah itu  Dunia yang aku sendiri juga mahu  Bersama denganmu  Telah ku sedar kini  Aku bukan tuhan  Dikala aku cuba untuk mengubahmu  Aku hilang aku  Aku hilang semuanya  Aku rindu tuhan  Bicara dengannnya  Dihamparan sujud syukur sepi...

Tentang melepaskan

Image
  Dalam kedinginan malam Di balik kaca tingkap rumahku  Rindu menjengah di lubuk hati Hari dihitung minggu di canggung  Tiap detik perpisahan dari rumahnya  Terkadang diri dihukum dicaci  Kerana sedar yang diri ini hanya hamba yang hina  Ada ketika diri rasa sedih  Kerana membiar diri dipijak dan diguna  Oleh insan yang sangat dicintai  Sayang, mungkin jalan tuhan buat kita itu singkat  Atau kita yang tidak kuat untuk satu sama lain  Mungkin juga kita bukan kepingan puzzle  Yang tuhan ciptakan untuk dicantum  Atau juga mungkin hanya pengajaran untuk ke hadapan  Kita mengalah sebelum kita mencuba  Kita jadi hamba ego dan emosi  Kita hilang kita dan hanya ada ananiyah  Lalu apakah jalan yang baik untuk kita? Ada ketika aku rasa lemah  Airmata menjadi peneman di malam hari  Disetiap sujud, dikala hari berlalu  Tapi kini ia hilang  Sudah kering dan dalam masa ini  Sedang kita hitung...

Di saat ketika itu

Image
Dahulu aku selalu bermimpi  Bagaimana agaknya rasa itu  Rasa yang akan tiba waktu untuk merasa  Akankah suka atau duka yang tiba  Satu ketika dulu aku berimpi  Mahu dengan yang disayangi  Mengutip bintang dilangit  Mencorak pelangi dipetang hari  Namun saat ini  Tiada pelangi mahupun mentari  Hanya langit kelabu dan rintik hujan menari  Seakan mengejek diri ini  Karna yang tinggal itu hanya memori  Yang dihitung ikhlasnya ia diberi  Atau mungkin hanya topeng  Yang disarung untuk tampak realiti  Sedangkan ia hanya wayang  Ditayang dan di cipta untuk dopamine minda  Bila hari ini tiba  Hidup tidak lagi dapat mengimbang  Baik atau buruk  Benar atau reka  Malu atau tiada  Lalu apa erti lagi untuk hidup  Hilang rasa menjadi manusia  Seakan rebel pada Tuhan  Moga jalan menuju cahaya itu masih ada  Kerana dunia lelah ini hanya se...

Mula Cuba Rasa Semula

Image
  Bismillahirahmanirahim  Mula kalam  Mula cerita  Cuba buka semula rasa Yang hilang entah ke mana  Mungkin kamu rasa  Ini hanya gurauan  Ini hanya teriak  Sedang bunyi tidak gempita  Sedang lalak tiada rasa Ini usaha  untuk kembalikan rasa Mencari diri  Mencari Tuhan  Mencari rasa  Mencari erti  Hidup di dunia  Berasa diri  Masih ada  -T.C.B.E.K.L.- 26.7.22 1220hours

Bicara dengan hujan

Image
Awan mendung petanda hujan bakal datang Ada apa dengan hujan Disatu sudut menyamankan  Disatu lagi menyesakkan  Dibaliknya ada mensyukuri  Sebaliknya juga memaki  Hujan bagiku ada dua sisi  Satu rahmat untuk bumi  Satu menjadi hujan didalam hati   Hati yang diselubung dengan duka  Apa khabar hatiku hari ini? Hari ini hatiku seperti sahara  Tiada hujan hanya panas memancar  Hari ini hatiku seperti batu  Tiada fungsi dan kekal sehingga ditolak  Terkadang aku cemburu dengan hujan  Kerana rentak airnya turun seperti melodi  Terkadang rintik halus  Kadang deras sehingga menyakiti  Ada juga kalanya ia datang bersama mentari  Hasil akhirnya pelangi  Memberi bahagia bagi yang memerhati  Didalam hujan aku bicara  Pada diri dan hati  Yang seperti sudah hilang rasa  Hilang suara juga deria  Lalu harus bagaimana lagi  Untuk aku bicara pula dengan tuh...