Posts

Showing posts from July, 2022

Di saat ketika itu

Image
Dahulu aku selalu bermimpi  Bagaimana agaknya rasa itu  Rasa yang akan tiba waktu untuk merasa  Akankah suka atau duka yang tiba  Satu ketika dulu aku berimpi  Mahu dengan yang disayangi  Mengutip bintang dilangit  Mencorak pelangi dipetang hari  Namun saat ini  Tiada pelangi mahupun mentari  Hanya langit kelabu dan rintik hujan menari  Seakan mengejek diri ini  Karna yang tinggal itu hanya memori  Yang dihitung ikhlasnya ia diberi  Atau mungkin hanya topeng  Yang disarung untuk tampak realiti  Sedangkan ia hanya wayang  Ditayang dan di cipta untuk dopamine minda  Bila hari ini tiba  Hidup tidak lagi dapat mengimbang  Baik atau buruk  Benar atau reka  Malu atau tiada  Lalu apa erti lagi untuk hidup  Hilang rasa menjadi manusia  Seakan rebel pada Tuhan  Moga jalan menuju cahaya itu masih ada  Kerana dunia lelah ini hanya se...

Mula Cuba Rasa Semula

Image
  Bismillahirahmanirahim  Mula kalam  Mula cerita  Cuba buka semula rasa Yang hilang entah ke mana  Mungkin kamu rasa  Ini hanya gurauan  Ini hanya teriak  Sedang bunyi tidak gempita  Sedang lalak tiada rasa Ini usaha  untuk kembalikan rasa Mencari diri  Mencari Tuhan  Mencari rasa  Mencari erti  Hidup di dunia  Berasa diri  Masih ada  -T.C.B.E.K.L.- 26.7.22 1220hours

Bicara dengan hujan

Image
Awan mendung petanda hujan bakal datang Ada apa dengan hujan Disatu sudut menyamankan  Disatu lagi menyesakkan  Dibaliknya ada mensyukuri  Sebaliknya juga memaki  Hujan bagiku ada dua sisi  Satu rahmat untuk bumi  Satu menjadi hujan didalam hati   Hati yang diselubung dengan duka  Apa khabar hatiku hari ini? Hari ini hatiku seperti sahara  Tiada hujan hanya panas memancar  Hari ini hatiku seperti batu  Tiada fungsi dan kekal sehingga ditolak  Terkadang aku cemburu dengan hujan  Kerana rentak airnya turun seperti melodi  Terkadang rintik halus  Kadang deras sehingga menyakiti  Ada juga kalanya ia datang bersama mentari  Hasil akhirnya pelangi  Memberi bahagia bagi yang memerhati  Didalam hujan aku bicara  Pada diri dan hati  Yang seperti sudah hilang rasa  Hilang suara juga deria  Lalu harus bagaimana lagi  Untuk aku bicara pula dengan tuh...