Kembali pada Tuhan
Pada ketika ini Apa yang berlaku dilubuk hati Seakan tiada yang mengerti rasa ini Semahunya mahu difahami Bukan oleh roh sendiri Harini ku beranikan diri Melihat bagaimana harimu Kau lihat bahagia Kau lihat kembali menjadi dirimu Aku tersungkur layu sayu Lalu apa sebenarnya aku untukmu Apakah erti selama ini Aku didalam hidupmu? Barangkali benar aku memaksamu Mengubah dirimu Melangkah keluar dari dirimu Menjadi diri lain Menjadi bukan kau yang selalu Lalu aku fikir apa aku ini tuhan Yang mampu mengubah kau Yang belum mahu ubah Keluar dari hidup yang indah itu Dunia yang aku sendiri juga mahu Bersama denganmu Telah ku sedar kini Aku bukan tuhan Dikala aku cuba untuk mengubahmu Aku hilang aku Aku hilang semuanya Aku rindu tuhan Bicara dengannnya Dihamparan sujud syukur sepi...