Kembali pada Tuhan
Apa yang berlaku dilubuk hati
Seakan tiada yang mengerti rasa ini
Semahunya mahu difahami
Bukan oleh roh sendiri
Harini ku beranikan diri
Melihat bagaimana harimu
Kau lihat bahagia
Kau lihat kembali menjadi dirimu
Aku tersungkur layu sayu
Lalu apa sebenarnya aku untukmu
Apakah erti selama ini
Aku didalam hidupmu?
Barangkali benar aku memaksamu
Mengubah dirimu
Melangkah keluar dari dirimu
Menjadi diri lain
Menjadi bukan kau yang selalu
Lalu aku fikir apa aku ini tuhan
Yang mampu mengubah kau
Yang belum mahu ubah
Keluar dari hidup yang indah itu
Dunia yang aku sendiri juga mahu
Bersama denganmu
Telah ku sedar kini
Aku bukan tuhan
Dikala aku cuba untuk mengubahmu
Aku hilang aku
Aku hilang semuanya
Aku rindu tuhan
Bicara dengannnya
Dihamparan sujud syukur sepi
Malam malam yang dilewati
Bersungguh meminta untuknya
Aku mahu pulang pada tuhanku
Setelah lama aku berlari
Lari dariNya yang sentiasa denganku
Mahu meminta untuk diri
Yang selama ini diletak tepi
Masihkah ada ruang untukku kembali
Mencari diri dan hati
Lalu telah pergi
Moga nanti aku
kembali rasa pada diri dan hati
Menjadi yang dekat dengan tuhan
Yang sentiasa disisi
-T.E.K.L.-
diluah tulis pada July 2022

Comments
Post a Comment