Bicara dengan hujan
![]() |
| Awan mendung petanda hujan bakal datang |
Ada apa dengan hujan
Disatu sudut menyamankan
Disatu lagi menyesakkan
Dibaliknya ada mensyukuri
Sebaliknya juga memaki
Hujan bagiku ada dua sisi
Satu rahmat untuk bumi
Satu menjadi hujan didalam hati
Hati yang diselubung dengan duka
Apa khabar hatiku hari ini?
Hari ini hatiku seperti sahara
Tiada hujan hanya panas memancar
Hari ini hatiku seperti batu
Tiada fungsi dan kekal sehingga ditolak
Terkadang aku cemburu dengan hujan
Kerana rentak airnya turun seperti melodi
Terkadang rintik halus
Kadang deras sehingga menyakiti
Ada juga kalanya ia datang bersama mentari
Hasil akhirnya pelangi
Memberi bahagia bagi yang memerhati
Didalam hujan aku bicara
Pada diri dan hati
Yang seperti sudah hilang rasa
Hilang suara juga deria
Lalu harus bagaimana lagi
Untuk aku bicara pula dengan tuhan
Seperti aku bicara pada hujan
Sedang tuhan juga pencipta hujan
Dakaplah aku tuhan
Dengarlah rintih hatiku
Dısaat aku mencuba ları darimu
Sedangkan Kau sentiasa denganku
Disetiap lari dan hanyutku
1151 AM, 19.07.22

Comments
Post a Comment