Di saat ketika itu





Dahulu aku selalu bermimpi 

Bagaimana agaknya rasa itu 

Rasa yang akan tiba waktu untuk merasa 

Akankah suka atau duka yang tiba 


Satu ketika dulu aku berimpi 

Mahu dengan yang disayangi 

Mengutip bintang dilangit 

Mencorak pelangi dipetang hari 


Namun saat ini 

Tiada pelangi mahupun mentari 

Hanya langit kelabu dan rintik hujan menari 

Seakan mengejek diri ini 


Karna yang tinggal itu hanya memori 

Yang dihitung ikhlasnya ia diberi 

Atau mungkin hanya topeng 

Yang disarung untuk tampak realiti 


Sedangkan ia hanya wayang 

Ditayang dan di cipta untuk dopamine minda 

Bila hari ini tiba 

Hidup tidak lagi dapat mengimbang 

Baik atau buruk 

Benar atau reka 

Malu atau tiada 


Lalu apa erti lagi untuk hidup 

Hilang rasa menjadi manusia 

Seakan rebel pada Tuhan 

Moga jalan menuju cahaya itu masih ada 

Kerana dunia lelah ini hanya sementara 

Langkah kepadaNya payah dan lelah 

Tapi dengan suluhan dariNya dan klriman akhirNya 

Moga jumpa jalan itu 

Yang tersedia menantiku 

HambaNya yang merindukan TuhanNya


-T.C.B.E.K.L- 

18.07.2022 

1040 hours 


Comments

Popular posts from this blog

Kembali pada Tuhan

Mahu Cari Aku

Tentang melepaskan