Mahu Cari Aku

 

Bismillahirahmanirrahim 


Tiga bulan berlalu 

Sakitnya masih terasa 

Mungkin hanya aku sahaja 

Kau kembali gembira 

Seakan tiada apa yang berlaku 

Dalam hidup yang singkat itu 


Dalam tempoh itu 

Hidupku seakan gelap 

Walau sentiasa terang 

Walau sentiasa sibuk 

Walau sentiasa lihat indah 

Tapi didalam siksa 

Didalam kabur 

Didalam seakan mati 


Masih lagi aku hitung 

Benarkah apa yang dilakukan 

Keputusan yang baikkah telah kulakukan 

Apakah salah itu aku 

Masihkah aku boleh terima aku 


Aku hilang 

hanyut 

segalanya gelap 

tanpa cahaya 

Hanya tuhan sahaja tinggal 

Sedang aku menunggu diambil nyawa 


Aku mahu cari aku 

Aku yang dulu 

Aku yang bahagia 

Aku yang punya segala upaya 

Aku yang kuat 

Aku yang positif, optimis, kritis 

Aku yang tahu rasa cinta 



Moga aku bisa cari aku 

Sebelum aku pulang bertemu yang satu 






K.L.B.E. 2022

16.11.22

Comments

Popular posts from this blog

Kembali pada Tuhan

Tentang melepaskan